Maziqa Manegement

Friday, March 22, 2013

SIAPA ITU KHAHAR HAMID???

hye bertemu lagi kita sambil sy tengok bola sambil update blog Cerita mAziQa ini....macam sy janji SIAPA ITU KHAHAR HAMID sbb ari ini Ulang Tahun Seniman Agong P.Ramlee kita yang ke 85 sy akan cerita ttg yang dijanjikan....sambil2 tgk bola ni.....

BIODATA
Nama:Abdul Khahar B. Abdul Hamid
Adik beradik:Anak Ke2 dari 14 beradik
Anak : 7 orang (6 Lelaki seorang Perempuan)
Tempat Lahir: Pulau Pinang
Pendidikan:SPM
Usia:67 tahun (meninggal usia 52tahun pada 5.4.1998)
Pekerjaan :Pengurus Hotel (Hilton Hotel KL & Subang Airport)
Khahar Hamid dan Seniwati Saloma pada tahun 1984 


Daddyku juga berhijrah dari Kampungnya Ke Kota Kuala Lumpur pada tahun 1976 telah duduk di Segambut Dalam dan selepas itu di Ampang dan yang terakhir Di Setapak.Daddyku pernah berkata kat sy dia mmg nak duduk dgn rumah P.Ramlee dan daddyku selalu melawat dan pergi Rumah P.Ramlee di Genting Kelang (Muzium P.Ramlee).

Dalam bidang nyayian daddyku adalah Klon P.Ramlee atau orang kata penyanyi Ala2 P.Ramlee.Gambar Diatas menceritakan daddyku pernah berduet dengan Seniwati Solama ini kalau tak salah sy pada tahun 1984 sebelum Seniwati Saloma Meninggal Dunia.Daddyku seorang serius dan ikhlas menyampai lagu2 Seniman Agung daddyku kalau dipanggil untuk show dia akan berlatih bersama mini componya dan duduk berkain pelikat menyanyi dan rakam suara di mini compo dan akan mendengar semula suara bila dirakam.daddyku pernah berkata walaupun menyanyi harya 3 - 5 minit sahaja tetapi bukan senang untuk buat persiapan unutk menjadi penghibur atau penyanyi untuk puaskan hati semua pendengar lagipun lagu2 nak disampaikan lagu2 Seniman Agung P.Ramlee.ok nanti bersambung Jom Solat dulu dan makan dulu.

Koleksi Show Khahar Hamid

Alhamdulillah syukur nikmat sambung lagi ttg daddyku dia seorang yang berdidikasi dan berdaya pemikiran yang luas.Siapa kenak Khahar Hamid mesti kata oooo keje Hilton dan Khahar P.Ramlee kalau kenal la.sbb sekitar 70an dan 80an daddyku selalu dipanggil Show Di RTM Rancangan Hiburan Minggu Ini dan TV3 Selamat pagi Malaysia.Rancangan TV selalu memanggil daddyku time tu orang mula kenal seluruh Malaysia.Tapi yang sy dapat ingat Selalu daddyku ke Serawak untuk Show Kerana Menteri Besar Serawak Perhan Sri Taib Mahmud amat meminati P.Ramlee dan Perhan Sri juga pernah berduet dgn daddyku itu yang pernah dicerita oleh daddyku dan kawan2 dia dan daddyku juga selalu Buat Show di Brunei (gambar dibawah bersama kerabat Sultan Brunei) daddy   juga pernah diberi gelaran Tan Sri di Brunei nanti sy akan upload gambar Kad Ahli di Brunei diberi nama Tan Sri Khahar Hamid kalau tak salah sy...


bersama penyanyi dan Kerabat Brunei

Syukur sebelum tido ini nak update la Ceritaku Maziqa....Daddyku seorang yang mudah dirapati dan senang berbincang walaupun daddyku lama dah meninggal Dunia pada tahun 1998 tapi sy rasa macam baru je...Al-Fatihah Amin dia pernah berkata pada sy kalau menyanyi lagu P.Ramlee kalau kita nyanyi lagu sedih...sedih hidup realiti kita kalau kita nyanyi lagu gembira ...gembira hidup realiti kita tu betul sbb daddyku lagu kesukaannya lagu BUNYI GITAR selalu dia akan menyanyi lagu itu.daddyku seorang displin untuk dirinya menjadi terbaik jadi disini sy sangat hargai apa ilmu dan didikan yang telah daddyku beri pada sy.


video
nyanyian suara Khahar Hamid
https://www.youtube.com/watch?v=zo2pCAHMKHE

Alhamdulillah diatas permintaan peminat dan semua sy sambung tulusan blog ini....maaf dah lama tak update sory la jgn marah arrrr (diorang P.Ramlee) InsyAllah sy akan upload video daddyku ok kalau siap edit tapi kena cari dulu sbb CD tu kat abg sy masih mencari doa kan jumpa ok.Hari kita cerita ttg koleksi albunyang ada dalam simpanan sy.

Album ini diterbitkan pada Tahun 1984 terbitan oleh Studio 43 beralamat LGF-042-42,Bukit Bintang Kuala Lumpur.Album dicetak dalam piring hitam (gambar dibawah) sebanyak 10 lagu telah dirakam senarai lagu-lagu :

Muka Satu:
1)Alam Nirwana 
Abas bakar/Abas Bakar & Khahar hamid
2)Bulan Dan Juga Angin
P.Ramlee,Yusof B/jamil Sulung
3)Tidur Dirumput Yang Basah
P.Ramlee,Yusof B/jamil Sulung
4)Barang yang Lepas jangan Dikenang
P.Ramlee/S.sudarmarji
5)Madu Tiga
P.Ramlee/S.sudarmarji
Muka Dua:
1)Hilanglah Tempat Bermanja
Abas bakar
2)Hanya Angan-Angan
P.Ramlee
3)Senyap dan Sunyi
P.Ramlee,Yusof B/jamil Sulung
4)Khadoaan Tuhan
P.Ramlee/Ainul Jamal
5)Taman Puspawarna
daripada Filem: BAKTI

Dalam ini menariknya 2 lagu original Arwah daddyku Khahar hamid lagunya Alam Nirwana dan Hilanglah tempat Bermanja itu lagu nyanyian daddyku dan bukan lagu P.Ramlee 2 lagu itu dicipta Oleh Abas Bakar dan Daddyku banyak orang beranggapan lagu itu lagu2 P.Ramlee.dibawah sy akan letak satu video lagu daddyku Alam Nirwana nyanyian Khahar Hamid dan Seniwati Normadiah dengarkanlah.....
video
Alam Nirwana


Semalam sy sudah cerita tentang album daddyku tapi sekarang nak cerita tentang kerjaya daddyku sebagai Pekerja Hotel biasa hingga ke jawatan Night Manager daddy seorang berfikiran luas dan pandai dalam bidang perhotelan bawah bukti Kad Pengenalan Hotel yang sy jumpa tadi dan jumpa name card daddyku....

Kad Pengenalan Hotel
Name Card
Name Card


Sambungan tulisan blog.....selepas sehari Pilihanraya macam2 cara orang Malaysia pergi undi tapi syukur Negara Aman itu yang penting bagi diri sy ni.....arwah daddyku aktif juga politik ni ada keretan akhbar arwah perjuangkan air ke Ampang kalau ada sy akan masukkan dalam blog ini....sambil tu kita terus dgn cerita arwah daddyku pernah time duduk di Ampang rumah daddyku pernah terbakar di Taman Melur time itu proses pindah rumah dekat Taman Bukit Teratai tu yang sy ingat punca kebakaran mengikut Pihak Bomba daripada litar pintas kebakaran berpunca dari Seterika atau Iron bukan IRON MAN ok...hehehehehe....Arwah daddyku selamat koleksi harta nya seperti kaset2 lagu P.Ramlee dan gambar Tan Sri P.Ramlee....ok gambar itu mengikut cerita Makku gambar P.Ramlee terbakar disekeliling gambar sahaja dan gambar itu tidak terbakar dibahagian muka itu yang buat arwah daddyku dapat selamat kan harta yang paling dia syg.....

gambar yang sy cerita diatas yang tidak terbakar mungkin itu buat arwah daddyku syg pada gambar ini mungkin usia gambar ini 20 tahun lebih masih baik dalam koleksi simpanan sy dalam bilik gantung lagi ok.....

Dalam Keratan akhbar warisan P.Ramlee lebih Berharga mmg betul arwah daddyku tidak hiraukan rumah dia terbakar tapi risau koleksi simpanannya itu yang buat sy terharu....sy bersyukur sebagai seorang anak KHAHAR HAMID.....
 
Keratan Akhbar lupa la tahun bila ini..tapi lama ni dah....syukur dalam koleksi simpanan sy......











No comments:

Post a Comment